All about SnT Core Division
Monday, August 5, 2013
Masa terluang sebelum datangnya syawal..
Thursday, August 18, 2011
KAD RAYA T S&T

Program MySTI-Expo 2011
SALAM AIDILFITRI
pic kaum2 adam xla over sgt mcm pic kaum2 hawa d S&T. tapi agak boring. mgkn masing2 segan ngan Encik KPSU Dasar yg baru. sian nazrie, die aje la yg cube wat happening, tp xde skongan dr org len. sob,sob.
Sunday, May 8, 2011
Perhimpunan Hari Pekerja (kot?)
n thnx to sume bebdk yg hader n kapla gile2 tu,wat bnde2 happening. wat ombak la smpi ke semua kontinjen pon ikot skali.bayangkan ar,wat ombak satu dewan tu,nmpk canteq gile la.n ngan sore2 sumbang bersiul la,tepok tgn la,mmg bes n happening.xsia2 g.kontinjen plg bes skali dr aspek pakaian adalah dr UKM.die wat 4warna (hijau,oren,biru ngan,merah) n dema siap ade pegang kertas sbg gimik.mmg cun, ade gak kontinjen bawa lampo yg warna-warni tu.wktu gelap mmg plg canteq la.ade yg bw pompom,tapak tgn harimau (maybank rase nye,xclear sgt r) n plg yg ramai bw adalah balloon yg bentuk lonjong.dema lagakn n ade bunyi bising. mmg meriah.tp kontinjen kami bw banner aje.mgkn next time ade peruntukn lebey sket,leh bawa mcm kontinjen len (insyaallah).
cheers.
Thursday, April 21, 2011
Karnival Belia Sarawak (2)
Karnival Mesra Belia Sarawak
KERTAS LAPORAN PENGANJURAN PROGRAM BAHAGIAN TERAS SAINS DAN TEKNOLOGI PADA KARNIVAL MESRA BELIA SARAWAK 2011
TUJUAN
Kertas ini disediakan untuk tujuan makluman mengenai penganjuran aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Teras Sains dan Teknologi pada Karnival Mesra Belia Sarawak 2011 bertempat di Kompleks Sukan Satok Padang Slpas, Satok, Kuching Sarawak pada 9 hingga 10 April 2011.
LATAR BELAKANG
Karnival Mesra Belia Sarawak 2011 telah diadakan bermula 22 Januari hingga 10 April 2011 mengikut Dun-Dun yang terdapat dalam Negeri Sarawak. Tujuh objektif spesifik pelaksanaan Program Mesra Belia Sarawak 2011 adalah seperti berikut:
(i) meningkatkan aras sokongan generasi belia terhadap dasar-dasar dan polisi yang dipelopori oleh kerajaan negeri dan persekutuan;
(ii) mendekatkan generasi belia dengan kepimpinan kerajaan di semua peringkat;
(iii) memperkemas dan memeta profil belia sarawak secara keseluruhannya dengan mengikut kawasan sosio demografi dan kedudukan tempat tinggal;
(iv) merealisasikan konsep pembangunan belia positif dengan melibatkan penyertaan menyeluruh komuniti masyarakat;
(v) membangunkan jalinan hubungan harmonis dengan kepimpinan belia strategik di peringkat negeri sarawak;
(vi) membina mekanisme sistem penyampaian yang efisien dan efektif di peringkat negeri Sarawak; dan
(vii) mengenal pasti permasalahan belia di peringkat akar umbi sama ada dalam aspek pembangunan ekonomi, pembangunan kendiri mahupun pembangunan kerjaya.
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menjalankan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengadakan pameran-pameran booth pada kawasan-kawasan yang telah dipilih secara rawak. Kerjasama MOSTI dalam Karnival Mesra Belia Sarawak 2011 adalah selari dengan beberapa objektif spesifik bagi karnival berkenaan seperti meningkatkan aras sokongan generasi belia terhadap dasar-dasar dan polisi yang dipelopori oleh kerajaan negeri dan persekutuan; mendekatkan generasi belia dengan kepimpinan kerajaan di semua peringkat dan membina mekanisme sistem penyampaian yang efisien dan efektif di peringkat negeri Sarawak.
MOSTI juga turut menyediakan beberapa permainan interaktif bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke booth yang telah disediakan untuk MOSTI dan agensi-agensi di bawah MOSTI. Senarai aktiviti yang diadakan oleh Bahagian Teras Sains dan Teknologi (bagi pihak MOSTI) adalah seperti di muka surat 4 dan 5. Agensi-agensi di bawah MOSTI turut memeriahkan aktiviti ini melalui penglibatan secara langsung dan tidak langsung seperti penyediaan pameran dan bahan bacaan mengenai agensi masing-masing, cenderamata kepada para pengunjung dan hands-on pada kereta robotik dan mewarna bongkah yang mana bongkah tersebut diinovasikan dari cement plaster.
Aktiviti ini dirangka sebagai pilot test bagi aktiviti-aktiviti akan datang yang boleh dianjurkan oleh MOSTI di bawah Tahun Penggalakan Sains 2011 (TPSM 2011) dan Year of Science 2012 (YoS12). Ini memandangkan bahawa aktiviti yang terdapat di dalam karnival ini dianjurkan adalah bertemakan sains dan matematik selaras dengan tema kedua-dua program yang akan diadakan oleh MOSTI pada tahun 2011 dan 2012.
OBJEKTIF
Objektif aktiviti ini dirangka seperti berikut:
(i) memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai ‘mudahnya’ pembelajaran dan pelajaran sains dan matematik;(ii) menunjukkan masyarakat mengenai perkaitan sains dan matematik dalam persekitaran/kehidupan mereka;
(iii) meningkatkan tahap kesedaran sains dan teknologi dengan menyediakan persekitaran yang menggalakkan aktiviti reka cipta, inovasi dan pembangunan teknologi di kalangan masyarakat ;
(iv) mencetus dan menyemai minat rakyat Malaysia ke arah pembelajaran S&T sains dan teknologi sepanjang hayat; dan
(v) platform bagi memperkenalkan MOSTI kepada masyarakat umum memandangkan bahawa masih ramai lagi yang tidak tahu akan kewujudan MOSTI.
TARIKH & LOKASI
Aktiviti ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada
9 April 2011 manakala pada 10 April 2011, aktiviti bermula pada 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.
PENYERTAAN
Dianggarkan lebih dari 300 orang penduduk di kawasan sekitar Satok telah hadir dan mengikuti aktiviti yang dijalankan di booth. Anggaran ini dibuat berdasarkan kepada senarai nama pelawat yang ada di dalam Buku Pelawat yang disediakan (rujuk Lampiran 1). Ini memandangkan bahawa kanak-kanak dari tadika/taska juga turut hadir tetapi hanya wakil (guru pengiring tadika/taska) yang mendaftar sebagai pelawat. Penyertaan bagi aktiviti yang diadakan bukan hanya fokus kepada kanak-kanak dan belia, malah golongan dewasa turut sama menyertai aktiviti yang diadakan di booth.
PROGRAM YANG DIJALANKAN
Rujuk di bawah:
BIL | NAMA AKTIVITI | KETERANGAN |
1. | Teka silang kata |
Soalan-soalan yang diutarakan adalah berbentuk soalan asas mengenai sains dan matematik.
|
2. | Puzzle Words/Bina Perkataan |
Terdapat senarai perkataan berbentuk/berkaitan dengan matematik dan sains dimana huruf-huruf tidak disusun mengikut turutan.
|
3. | Permainan Puzzle Bongkah kayu
|
Terdapat beberapa bongkah kayu yang memerlukan daya kreatif untuk menyusun semula mengikut warna/bentuk yang telah ditetapkan.
|
4. | Soalan terbuka |
Urusetia mengemukakan soalan terbuka mengenai pengetahuan sains dan matematik kepada pengunjung dan pengunjung yang dapat memberikan jawapan yang tepat dan terpantas diberikan hadiah saguhati.
|
FASILITATOR
Bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan, seramai 4 orang pegawai dari Bahagian Teras Sains dan Teknologi telah menyediakan rangka soalan, jawapan, senarai permainan dalam aktiviti ini dan menjadi urusetia di booth. Aktiviti ini turut dibantu oleh beberapa orang pegawai dari agensi-agensi yang terlibat dalam booth seperti MDEC, JMM, MIMOS, .myDomain, JKM dan SIRIM.
PEMERHATIAN
Bagi penganjuran aktiviti ini, dilihat bahawa pemahaman dan pengetahuan mengenai sains dan matematik telah lama tersemai dalam diri serta pemikiran masyarakat amnya. Memandangkan pendekatan yang kurang sesuai dan kurang interaktif daripada pihak-pihak berkenaan mendorong kepada kurangnya kepekaan masyarakat setempat mengenai sains dan matematik. Pengunjung juga turut menyatakan bahawa aktiviti seumpama ini merupakan julung kalinya diadakan di kawasan sekitar mereka. Oleh yang demikian, aktiviti seperti ini sewajarnya diadakan pada setiap penganjuran program yang bertemakan sains, matematik, teknologi dan inovasi bagi meningkatkan kesedaran sains dan matematik yang sedia ada pada masyarakat setempat.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN/SYOR
1. Set soalan bagi teka silang kata akan diperbaharui dan dibuat pecahan/set berdasarkan umur/tahap pendidikan seperti Tahap Satu bagi kanak-kanak berumur 7 tahun dan ke bawah, Tahap Dua bagi kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah, Tahap Tiga bagi remaja berumur 16 tahun dan keb bawah serta Tahap Empat bagi umur 17 tahun dan ke atas. Setiap set akan mempunyai warna-warna tertentu.2. Setiap aktiviti yang dijalankan akan diedarkan kajian kepuasan pelanggan kepada pengunjung bagi tujuan penambahbaikan program.
3. Bagi permainan berbentuk IQ/Uji minda akan lebih menfokus kepada target (kumpulan sasaran) bagi memastikan permainan yang dibuat akan mencapai target yang ditetapkan. (cadangan sahaja)